Sunday, June 9, 2013

Sejarah (Sumbangan Mesopotamia)

FORM  4  SEJARAH

Bab 1: Tamadun Mesopotamia

Sumbangan Tamadun Mesopotamia 

Kod Undang-undang Hammurabi
  • digubal semasa pemerintahan Raja Hammurabi (Babylon)
  • undang-undang berteraskan hak rakyat terhadap keadilan
  • hukuman & dendaan setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat
  • kira-kira 282 undang-undang
  • dipahat pada tembok & tiang besar bagi tatapan rakyat
  • dasar perundangan
  • berjaya menghindarkan kemelut dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum & dalam kalangan susun lapis masyarakat
  • mewujudkan perpaduan 
  • mengukuhkan sistem organisasi dalam kehidupan masyarakat
  • membantu peradaban Mesopotamia bertahan untuk jangka masa panjang


Sudut Maklumat
Hammurabi memerintah dari tahun 1792-1750 S.M. Beliau berasal daripada keturunan Amorite. Beliau membina banyak negara kota. Pusat pemerintahannya di Babylon. Beliau telah menakluk Akkad & menjadi raja seluruh Mesopotamia.

Contoh-contoh Kod Undang-undang Hammurabi
~ sekiranya seseorang bangsawan mematahkan tulang seseorang bangsawan lain, tulangnya akan dipatahkan.
~sekiranya seseorang bangsawan mencederakan mata seseorang rakyat biasa atau mematahkan tulangnya, maka, bangsawan ini didenda satu wang perak.

Sistem Tulisan
  • melahirkan jurutulis
  • jurutulis mencatat urusan pentadbiran & perniagaan 
  • perdagangan-semua urusan jual beli disertakan dengan resit,nota & surat kredit
  • melahirkan tradisi kesusasteraan
  • Epik Gilgamesh ialah hasil kesusasteraan tertua di dunia
  • epik mengandungi falsafah & cara hidup orang Mesopotamia

Sudut Maklumat
Epik Gilgamesh
~Kisah tentang kepahlawanan tokoh bernama Gilgamesh. Beliau dikatakan memiliki sifat 2/3 tuhan, 1/3 manusia, wajah yang tampan, susuk badan yang sasa, memiliki kekuatan & keberanian. Gilgamesh telah memerintah serta memberikan perlindungan kepada kehidupan di kota Uruk.
~Epik ini juga menceritakan tentang pemerintahan, percintaan, kehidupanyang kekal abadi & kesaktian. 


Perkembangan Ilmu Astronomi
  • Astronomi - pencerapan pergerakan bulan, bintang & matahari
  • Matematik - sistem mengira perpuluhan, menambah, menolak, mendarab, membahagi & punca ganda dua
  • Geometri 
  • membolehkan penggunaan jalan laut & penciptaan kalendar berteraskan sistem solar(12 bulan dalam 1 tahun)

Perkembangan Ilmu Perubatan
  • mendapat perhatian semasa pemerintahan Assyria
  • mementingkan kesihatan anggota tentera
  • cara mengubat penyakit dicatatkan sebagai panduan kepada pengamal perubatan

Penciptaan Roda
  • menghasilkan kereta kuda untuk tujuan peperangan atau kegunaan pada masa aman
  • mencipta kincir air untuk mengalirkan air ke kawasan tandus, meningkatkan hasil pertanian & mengawal banjir
  • mencipta alat pengangkutan terawal di dunia
  • orang Sumeria menggunakan kapal layar & pengangkutan beroda
  • mampu menguasai jalan darat & jalan laut

Seni Bina
  • cara membuat batu-bata daripada tanah liat
  • mencipta arca(patung Raja Gudea) & tiang batu
  • dapat dilihat dalam seni bina zigurat





Pembentukan Empayar


  • kepimpinan berwibawa Raja Sargon mewujudkan empayar pertama di dunia, Akkad
  • berjaya menakluk & menyatukan wilayah-wilayah kerajaan Sumeria
  • perintis kepada pembentukan sebuah empayar
  • pembentukan sistem pemerintahan & pembentukan sebuah masyarakat yang lebih berestetika

No comments:

Post a Comment